Tuesday, 17 February 2015

Demam Malaria

 Apa Itu Demam Malaria

  • Malaria disebabkan oleh parasit kuman malaria yang dibawa oleh nyamuk tiruk atau 'anopheles'. 
  • Penyakit ini biasanya berlaku di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman.orang asli. Ia hidup membiak di kawasan air jernih yang terdedah kepada sinaran matahari seperti kawasan sawah padi, anak sungai, di lereng bukit, di kawasan takungan air dan sebagainya.
  •  Nyamuk ini hanya menggigit pada waktu senja sehingga tengah malam. Parasit malaria yang dibawa oleh nyamuk tiruk akan hidup di dalam sel-sel darah merah pesakit yang akan merosakkan saluran otak, hati dan buah pinggang.
  •  Hal ini akan menyebabkan perubahan fungsi limpa seperti kurang darah, keguguran, kematian janin dan kurang berat badan terutamanya ibu yang sedang mengandung.


Ciri-ciri Klinikal Demam Malaria

  Ciri-ciri klinikal malaria ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis sepsis penyakit, ketahanan badan pesakit dan kepadatan jangkitan. Kejadian yang sering berlaku kepada pesakit malaria adalah demam berperingkat-peringkat dengan rasa sejuk kemudian panas dan diakhiri dengan berpeluh dan rasa sihat. Pusingan tahap ini akan berlaku kepada pesakit malaria selagi tidak mendapat rawatan yang sempurna. Tidak semua orang boleh dijangkiti malaria kecuali mereka yang terdedah kepada gigitan nyamuk tiruk seperti tinggal di rumah yang terdedah kepada kemasukan nyamuk, rumah yang terletak di kawasan hutan atau berhampiran, melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu senja dengan tidak memakai baju yang terdedah kepada gigitan nyamuk.

Malaria dapat dikesan dengan pemeriksaan darah menggunakan mikroskop. Pesakit malaria perlu cepat dikesan supaya boleh diberi rawatan secepat mungkin. Sekiranya pesakit malaria lambat dikesan dan diberikan rawatan yang sempurna, ia akan membahayakan diri sendiri dan orang di sekeliling. Walau bagaimanapun, pencegahan dari gigitan nyamuk amatlah penting. Komplikasi daripada penyakit malaria boleh dilihat melalui tanda-tanda seperti:
* Loya dan muntah-muntah
* Demam yang sangat tinggi
* Kelihatan pucat dan keletihan
* Kerosakan buah pinggang
* Bengkak paru-paru
* Kerosakan otak
* Meracau, pengsan dan boleh membawa maut

Peranan Kementerian Kesihatan Malaysia
   Pihak kementerian kesihatan amat prihatin dengan penyakit ini dan langkah-langkah pengawalan telah diambil dengan menghantar pasukan petugas kesihatan ke seluruh pelusuk pedalaman termasuk perkampungan orang asli untuk mengesan dan mengawal kes penyakit malaria. Pasukan petugas ini telah memasuki kawasan pedalaman dengan pelbagai cara seperti penggunaan kenderaan pacuan empat roda, menaiki kenderaan air, berjalan kaki, meredah hutan belantara dari sebuah perkampungan ke sebuah perkampungan orang asli. Yang terputus hubungan dengan kenderaan biasa dengan menaiki helikopter dengan kerjasama TUDM. Program Pendidikan Kesihatan dengan penyebaran maklumat dan penerangan tentang penyakit malaria merupakan strategi utama untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pencegahan, kawalan serta rawatan penyakit ini. Penerangan kesihatan dengan menyiarkan filem atau visual tentang langkah-langkah pencegahan juga diadakan oleh pihak pasukan petugas kesihatan.

Apakah tindakan anda apabila disyaki menghidap demam malaria?

   Apabila demam, segeralah ke pos kesihatan atau klinik yang berhampiran untuk pemeriksaan darah bagi pengesanan awal demam malaria. Makan ubat sebagai mana yang dinasihatkan oleh doktor. Berikan kerjasama kepada kakitangan kesihatan untuk menyembur rumah anda dengan ubat semburan anti nyamuk malaria. Tidur dalam kelambu berubat bagi mengelak gigitan nyamuk. Ingat, malaria boleh mengakibatkan kesengsaraan dan kematian. Mencegah dan mengawal malaria adalah tanggungjawab kita bersama. Bertindaklah dengan bijak, utamakan kesihatan.




Demam Denggi

Demam Denggi

  • Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
  • Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
  • Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
  • Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.


Tanda dan gejala

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes



Semburan Subuh

Tarikh : 14 Februari 2015
Aktiviti : Semburan Kabus/Fogging
Lokasi : Kawasan Tumpuan Awam